Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye merupakan seorang penyanyi, model dan personaliti media Malaysia. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.